Kisah Wali Allah Hancurkan Kereta Kebal (Tank) Afghanistan


Syeikh Ahmad Junaidin

Siapa tak kenal dengan Syeikh Ahmad Junaidin, Mursyidul Am Persatuan Warga Melayu di Sungai Petani, Kedah. Diceritakan bahawa, Syeikh Ahmad yang mewarisi ilmu Tok Kenali (Wali Allah di Kelantan) pernah menghancurkan kereta kebal tentera komunis Soviet Rusia yang ketika itu sedang menyerang bumi Mujahiden, Afghanistan. Kisah ini diperkirakan tidak pernah diceritakan kepada siapapun anak muridnya yang berjumlah ribuan orang kecuali kepada adindanya.

Pada waktu itu beliau sedang duduk berzikir di atas sajadah selepas menunaikan sholat. Tiba-tiba Syeikh Ahmad melihat cahaya putih berserta terowongan di hadapannya. Syeikh Ahmad terus masuk ke dalam terowong dan melihat sekumpulan perajurit Islam sedang dikepung oleh puluhan unit kereta kebal Rusia. Laungan Allahu Akbar jelas kedengaran dan Allah menolong para Mujahiden dengan mendatangkan Syeikh Ahmad.

Kata Syeikh Ahmad, dia merasa seperti mimpi lalu terus menuju ke arah kereta kebal dan menendang semua kereta kebal sehingga hancur terbarai. Maka terselamatkanlah para Mujahiden dari keganasan tentera Rusia.

Selesai menghancurkan kereta kebal, dia menemui sebentar para Mujahiden sebelum meminta untuk pulang. Beberapa orang dari para Mujahidin sempat berbual mesra dengan Syeikh Ahmad sambil bertanyakan nama dan dari mana Syeikh Ahmad berasal?

Sekali lagi, Syeikh Ahmad mendapati secara tiba-tiba dia tersadar sudah berada di atas sejadah. Apa yang terjadi hari itu diceritakan kepada sahabatnya yang tinggal serumah.

Sahabatnya menganggap Syeikh seorang pembohong karena seharian itu dia bertemu Syeikh Ahmad. Apakah mungkin Syeikh sudah sampai ke Afghanistan yang  jaraknya ribuan kilometer jauhnya dari Kedah, Malaysia.

Setelah setahun, datanglah sekumpulan orang berwajah Arab dari Afghanistan ke Kedah mencari Syeikh Ahmad. Mendengar cerita dari orang Afghanistan itu, barulah sahabat Syeikh itu mengetahui bahwa apa yang diceritakan oleh Syeikh Ahmad benar-benar terjadi.

Allah menolong Hamba-hamba-Nya yang bertakwa secara lazim ataupun tidak lazim. Mintalah kepada Allah SWT dengan sabar, sholat serta melakukan perbuatan baik lain mengikut petunjuk Al Qur'an dan sunnah baginda Rasulullah SAW.

Sumber : Disalin dan diedit dari FP Kisah Wali Allah

Post a Comment for "Kisah Wali Allah Hancurkan Kereta Kebal (Tank) Afghanistan"