Friday, March 5, 2021

Habib Husein bin Hadi, Waliyullah Berumur Panjang

 


Habib Husein bin Hadi bin Salim Hamid, beliau adalah seorang Waliyullah yang berumur panjang dan jauh dari penyakit. Beliau wafat saat berumur 124 tahun. Dikatakan sepanjang hayatnya, beliau tidak pernah luput dari melakukan sholat Shubuh secara berjemaah. Dan inilah kunci kenapa beliau dianugerahkan umur yang panjang.

Pernah ditanya kepadanya, kenapa beliau tidak pernah ada penyakit?

Beliau menjawab, "Aku tidak pernah iri atau dengki kepada siapapun."

Habib Husein dilahirkan di Hadramaut, Yaman pada 1862 Masehi. Dari kecil beliau diasuh dan dididik oleh kedua orang tuanya. Sampai beliau berumur 86 tahun, ketika orang sebayanya sudah sampai ke peringkat umur senja, tetapi Habib Husein masih lagi segar dan sehat. Pada tahun 1929, beliau mengembara menggunakan kapal laut milik saudagar Arab yang akan berdagang.

Beliau kemudian sampai ke India dan menetap disana selama 2 tahun. Di India, beliau berguru dengan ulama setempat sambil berdagang. Kemudian beliau mengembara lagi sampai ke Indonesia. Beliau menumpang dirumah penduduk setempat sampai mampu mendirikan sebuah Pesantren kecil yang dikenali sebagai Pesantren Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Habib Husein bin Hadi wafat pada hari Jum'at, 11 Shafar 1406 Hijriah atau 25 Januari 1986 Masehi. Jenazahnya dimakamkan di Masjid Al-Mubarak, komplek Pondok Pesantren Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Desa Brani Kulon, Probolinggo, Jawa Timur.

Sumber : FP Kisah Wali Allah

Baca Juga
Share:

0 komentar:

Subscribe Channel Kami

Follow by Email